Wednesday 24 April 2013

Dapatkan Segera!


Kamus Bengkulu
Basé Bengkulu ke Bahasa Malaysia
Bagaimana Anda Boleh Dapatkan Buku Ini?
Anda boleh dapatkan buku ini dengan membeli terus daripada saya melalui internet. Sila pilih salah satu daripada kaedah bayaran seperti di bawah.
Sebaik sahaja saya menerima bayaran yang anda buat, saya akan poskan buku ini terus kepada anda dalam masa tiga hari bekerja.

Kaedah Bayaran
1. Pindah wang RM30 melalui CIMB / bank transfer.
Bank
CIMB
No. Akaun
12330068850527
Nama
Saripah  Binti Wahid
E-mel
kandakundi@gmail.com
SMS
019-233 1256

- E-melkan makluman pindah wang kepada kandakundi@gmail.com
- E-melkan juga 1. nama penuh, 2. nombor telefon, 3. alamat anda.
2.  Bayar RM30 menggunakan Mesin Deposit Tunai CIMB.
- Selepas bayaran dibuat, sila e-mel ataupun sms maklumat bayaran
  yang dibuat seperti reference number, tarikh, masa dan tempat.
- E-mel/sms juga 1. nama penuh, 2. nombor telefon, 3. alamat anda.

Sari Nandé - 12, Jln Anggerik 1F, Desa Anggerik, 48200 Serendah, Selangor, Malaysia
Tel.: 019-233 1256 E-mel: kandakundi@gmail.com

Cara Kedua untuk Mendapatkan Kamus Ini
Anda boleh dapatkan buku ini dengan membeli terus daripada etshoppe di simpang Sungai Choh, bersebelahan dengan butik pengantin dan kedai Belajar Memandu DORA.
Hubungi Kaksue Sidek di Tel.: 019-3375100 atau kaksue.sidek@facebook.com
Dapatkan pada harga promosi RM50 untuk 2 naskhah.

Testimoni

Zamzami Djahuri Kamus Base Bengkulu itu luar biasa bagusnya.
Sari Nande sda berhasil melestarikan salah satu budaya Bengkulu.
Mana orang Serawai dan Mana pula orang ReJang?
Kita tunggu kamusnya. Saya bangga dg usaha ibu Sari Nande.
Tulis lagi yg lainnya seperti adat perkawinan, pinangan dll. Tq
  
Seri Naning Sari Nandé (ICON BENGKULU)..
Syabas & Tahniah…
Terima kasih di atas sokongan.
Anak-anak Bengkulu tentu sekali berasa amat bangga
dengan komitmen SARI NANDÉ
mengusahakan KAMUS BENGKULU...
Menjadi Sejarah yg perlu di abadikan...
Bahan Rujukan generasi-generasi akan datang.
April 21, 2013


 

Jutaan terima kasih kepada Y. Bhg. Datuk Mohd Isa bin Abu Kasim di atas kesudian hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung Ke-2 PBM Caw. Sg Choh pada 21 Apr 13 (Ahad) di Dewan Komuniti Sg Choh serta merasmikan pelancaran Kamus Basé Bengkulu ke Bahasa Malaysia. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada SARI NANDÉ (Puan Hjh Saripah binti Hj Wahid) di atas usaha gigih serta kesungguhan menulis Kamus tersebut bagi memartabatkan Warisan Bengkulu untuk rujukan dan panduan umum di seruluh dunia. Satu sejarah terukir...
Tahniah juga kepada Tuan Haji Zainal Abidin bin Zulcifly (Mantan Pengerusi PBM Caw Sg Choh sesi 2008-2011) di atas usaha bersama mengurus, merancana dan menentukan penerbitan Kamus Bengkulu menjadi realiti.
Tahniah PBM Cawangan Sg. Choh. Mereka yg berminat membeli Kamus Bengkulu ini boleh hubungi Setiausaha PBM Caw. Sg. Choh (Puan Hjh Supiah Sidek).


Nota:
Kepada yang berminat memiliki Kamus ini bolehlah hubungi Kaksue Sidek di kedai etshoppe (Stokis Revell) – di simpang Sg. Choh (berhampiran Kedai Belajar Memandu DORA). Hubungi Tel.: 0193375100 atau kaksue.sidek@facebook.com




P/S
Untuk mendapatkan harga potongan 30 % pada RM21,
anda boleh dapatkan terus daripada saya (Sari Nandé).
Tel: 019-2331256 atau fb Sari Nande.
Tawaran sah hingga 30 April sahaja.
*Pesanan melalui pos RM30 (pos foc).
* Cara bayaran akan dikemas kini. Tk.


Monday 22 April 2013

Pelancaran



Biarlah gambar berbicara!

Hari paling bersejarah untuk masyarakat Bengkuluku. Pada April 21, 2013 Kamus Basé Bengkulu ke Bahasa Malaysia telah selamat dilancarkan dengan jaya dan meriahnya, sempena Measyuarat Agung Ke-2 Persatuan Bengkulu Malaysia Cawangan Sungai Choh.

Disertai rakan dan taulan, kawan-kawan sekolah, & saudara-mara sekampung. Terima kasih.

Allah Disanjung!

Biodata Penulis

Sari Nandé dilahirkan di Kg. Sg. Choh, Selangor Darul Ehsan, pada 27 Februari. Mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Beliau mempelajari bidang Kesusasteraan Melayu dan English Literature. Melanjutkan pelajaran ke UiTM dan kemudian menyambung dalam jurusan Pengajian Syariah. Pernah bertugas di beberapa buah syarikat penerbitan sejak tahun 1977 sebagai editor dan penterjemah, sebelum menjadi editor bebas awal tahun 1998. Dalam masa yang sama menyambung kembali minat dalam bidang penulisan. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen, novel, dan apresiasi seni sastera.
*******
BAHASA BENGKULU adalah merupakan salah satu bahasa perhubungan masyarakat Bangkahulu di Malaysia. Menyedari betapa ruginya masyarakat jika Bahasa Bengkulu yang unik dan indah ini dibiarkan lupus, telah mendorong saya untuk mengutip dan mengumpul kembali perkataan-perkataan yang sudah kian lama jarang singgah ke bibir anak-anak Bangkahulu tempatan.

Kamus Bengkulu ini adalah Bahasa Bengkulu yang ditutur di Malaysia. Perkataan-perkataan dalam kamus ini disusun mengikut kata dasar dan kata terbitan.

Mengandungi lebih 5400 perkataan kata dasar dan kata terbitan serta contoh-contoh ayat, ia sesuai dijadikan rujukan semua lapisan masyarakat.

Salam.


 

Pengenalan

Salamun alaikum,
Kita panjatkan syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya dapat diterbitkan sebuah penerbitan berupa Kamus Bengkulu: Basé Bengkulu ke Bahasa Malaysia yang disusun oleh Sari Nande.
Asal-usul Bahasa Bengkulu
Bengkulu atau Bangkahulu adalah sebuah provinsi yang terletak di barat daya Pulau Sumatera, Indonesia. Bersempadan dengan Sumatera Barat di utara, Jambi dan Sumatera Selatan di timur, dan Lampung di selatan
Masyarakat dan Bahasa Bengkulu
Selang masa berlalu masyarakat Bengkulu telah menjadi antara sebilang rakyat majmuk di Malaysia, namun mereka masih tidak lupa dengan asal usul, adat, budaya, dan tradisi yang mereka bawa bersama ke Tanah Melayu.
Nenek moyang kita yang datang ke Tanah Melayu dahulu kala,  (kini sudah sampai ke jenerasi yang kelima) membawa bersama-sama bahasa daerah mereka yang dikatakan berjumlah sembilan bahasa daerah. Namun yang dominan ialah Bahasa Melayu Bengkulu (Bulang), Bahasa Lembak dan Bahasa Serawai. Apa yang dikatakan Bahasa Bengkulu di Malaysia sekarang ini adalah merupakan gabungan antara Bahasa Bulang dan BahasaLembak.
Masih ada sebilangan kecil masyarakat Bengkulu di Malaysia yang boleh bertutur dalam Bahasa Serawai, terutamanya yang tinggal di Kampung Bangkahulu di Gemas, Negeri Sembilan. Manakala selebihnya menggunakan  Bahasa Bulang/Lembak, walaupun mereka atau keturunan mereka berasal dari daerah Kabupaten Bengkulu Selatan seperti di wilayah Kota Tais dan Manna.
Bahasa adalah suatu sarana perhubungan rohani yang amat penting dalam hidup bersama. Bahasa juga adalah lambang budaya dan sejarah bangsa. Bahasa itu jiwa bangsa. Hilang bahasa maka sirnalah lambang dan jiwa. Alangkah ruginya masyarakat tanpa keaslian identiti. Oleh itu kita ada tanggungjawab untuk menyinarkan kembali lambang dan mengembalikan jiwa bangsa masyarakat Bengkulu di Malaysia khasnya. Matlamat ini hanya akan berhasil jika kita bersama-sama memikul tanggungjawab tersebut dengan memberi sokongan yang padu.
Terima kasih.
 Begoyo berapék kité nuju,
Lanang betiné tué mudé;
Belajola ngécék basé Bengkulu
Mon nak nyatu uang kité galé.
HIDUP BAHASA HIDUPLAH BANGSA.