Monday 22 April 2013

Biodata Penulis

Sari Nandé dilahirkan di Kg. Sg. Choh, Selangor Darul Ehsan, pada 27 Februari. Mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Beliau mempelajari bidang Kesusasteraan Melayu dan English Literature. Melanjutkan pelajaran ke UiTM dan kemudian menyambung dalam jurusan Pengajian Syariah. Pernah bertugas di beberapa buah syarikat penerbitan sejak tahun 1977 sebagai editor dan penterjemah, sebelum menjadi editor bebas awal tahun 1998. Dalam masa yang sama menyambung kembali minat dalam bidang penulisan. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen, novel, dan apresiasi seni sastera.
*******
BAHASA BENGKULU adalah merupakan salah satu bahasa perhubungan masyarakat Bangkahulu di Malaysia. Menyedari betapa ruginya masyarakat jika Bahasa Bengkulu yang unik dan indah ini dibiarkan lupus, telah mendorong saya untuk mengutip dan mengumpul kembali perkataan-perkataan yang sudah kian lama jarang singgah ke bibir anak-anak Bangkahulu tempatan.

Kamus Bengkulu ini adalah Bahasa Bengkulu yang ditutur di Malaysia. Perkataan-perkataan dalam kamus ini disusun mengikut kata dasar dan kata terbitan.

Mengandungi lebih 5400 perkataan kata dasar dan kata terbitan serta contoh-contoh ayat, ia sesuai dijadikan rujukan semua lapisan masyarakat.

Salam.


 

No comments:

Post a Comment